ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Mampukah Sheilla saingi Siti, Misha & Dayang?
KUALA LUMPUR: 4 FEBRUARI 2008 - "Saya tidak pernah mengatakan bahawa menjadi anak didik Adnan Abu Hassan merupakan satu jalan mudah untuk saya menempah nama. Malah saya juga tidak pernah menghadapi tekanan atau dibayangi oleh populariti artis yang pernah berjaya di bawah Adnan dulu seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang dan ramai lagi," ujar Sheilla Abdull, artis baru EMI yang melancarkan album barunya di Plaza Mont' Kiara, hari ini.
Tambah Adnan pula, dia sememangnya amat berhati-hati dalam memilih artis dan Sheilla merupakan pilihannya yang terbaik setakat ini. "Dia memiliki vokal yang hebat dan pertama kali saya mendengar suaranya, saya terus terpikat dan yakin dia boleh pergi lebih jauh dan setanding dengan anak didik saya yang telah popular," ujarnya.
KENYATAAN AKHBAR EMI:
Sheila Abdull, satu nama baru yang kian bersinar dalam industri muzik tanahair. Lahir dari bakat dan minat yang menebal mendorong beliau berjuang untuk menempatkan diri dan mewarnai persada seni negara.
Gadis manis yang berasal dari Johor ini cukup dikenali di negerinya di atas kesungguhan beliau yang sering mewakili sekolahnya di pertandingan nyanyian seterusnya jadi wakil zon dan daerah. Selain itu, Sheila Abdull juga pernah menyanyi untuk Yayasan Warisan Johor, Okestra Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kombo RTM dan Kumpulan Jazz Johor. Nasibnya menyerlah apabila menyertai Suara Bintang Adnan Abu Hassan pada tahun 2006, Sheila mewakili zon selatan bagi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Sebagai Juara Suara Bintang Adnan Abu Hassan ini telah melayakkannya untuk merakamkan single dan diambil menjadi artis rakaman di bawah SRD Villa Records milik Adnan Abu Hassan. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Sheila Abdull kerana bukan mudah untuk menjadi anak didik komposer terkenal Adnan Abu Hassan yang telah berjaya menaikkan nama-nama tersohor seperti penyanyi Datuk Siti Nurhaiiza, Fauziah Latiff, Misha Omar, Dayang dan ramai lagi.
Syarikat rakaman gergasi EMI juga turut terpikat dengan bakat besar Sheila Abdull setelah mendapatkan didikan daripada Adnan. Hasil perbincangan antara SRD Villa Records dengan EMI (M) Sdn Bhd dan satu persetujuan telah termenterai di mana Sheila Abdull kini di bawah EMI. Hubungan baik dengan SRD Villa Records masih dikekalkan di mana Sheila Abdull masih di bawah pengurusan Adnan Abu Hassan.
Album pertama Sheila Abdull yang memakai judul yang sama mengetengahkan konsep Pop Balada tetapi terdapat juga elemen medium tempo di dalam album ini. Album ini mengandungi lapan lagu hasil ciptaan Adnan dan Faris. Sheila Abdull mempertaruhkan single pertama 'Mungkinkah' bagi memperkenalkan album dan kewujudannya dan ternyata ianya membuahkan hasil di mana lagu ini mendapat sambutan positif daripada radio-radio tempatan. Secara tak langsung membuatkan ramai orang ingin mengenalinya. Lagu 'Lepaskanlah' merupakan langkah seterusnya dengan lagu balada ini diharap dapat menonjolkan suara Sheila Abdull.
Antara lagu-lagu lain adalah seperti 'Asmara Di Hati' Cinta Itu Luar Biasa', 'Cinta Putih Atau Kelabu', 'Nafas Terhenti', 'Selautan Asmara' dan 'Bahang Asmara' iaitu sebuah lagu istimewa dwibahasa yang bermula dengan vokal bahasa Malaysia tetapi diakhiri dengan vokal bahasa Inggeris.
Album Sheilla Abdull kini sudah berada di pasaran
BIODATA SHEILLA:
Full Name: Nursheila Binti Abdullah
Stage Name: Sheila Abdull
Date of Birth: 13th August 1988
Place of Birth: Johor Bahru
Siblings: 3 (3rd child)
Hobbies: Singing and Shopping
Ambition: A well known Singer/Music Lecturer
Performance Experience:-
- Started singing in competitions representing both her school the state of
Johor
- Entered singing competitions around Johor Bahru
- Entered TV and radio station Star Search programs
- Performed for Johor Heritage Foundation for 5 years
- Won 3rd place in a traditional singing competition at Johor state level
- Performs annually at the Royal Coronation of DYMM Sultan of Johor
Traditional Keroncong concert
- Performed as a backup singer for Datuk Siti Nurhaliza in Gema Zafana
concert at Istana Budaya with Johor Heritage Foundation
- Sang for the Johor Bahru City Council (MBJB) Orchestra for 2 years
- Sinas solo at dinner shows in renowned hotels around Johor Bahru
- Sings solo for corporate and WIP functions
- Sings with the Johor Jazz Band for both Royal and public functions
under the Sultan of Johor
- Performs Jazz songs on weekends at Jazz Corner, Johor Bahru
- Recorded the theme song from the soundtrack 'RED KEBAYA'
soundtrack and acted in a scene in the film as a club singer
- Winner of Star Voice Adnan Abu Hassan nationwide singing competition
for Malaysia's southern zone and was thus given the opportunity to be a
recording artiste for SRD Villa Records
GAMBAR2 SIDANG AKHBAR:
EKSKLUSIF -
VIDEO KLIP PERSEMBAHAN SHEILLA:
Anda nilaikan sendiri!!!
.
.
0 Response to "SHEILLA ABDULL, ARTIS BARU EMI"
Posting Komentar