ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
8TV Membawakan Anda Musim Kedua So You Think You Can Dance
Petaling Jaya, 5 Mac 2008 - Program kegemaran ramai, So You Think You
Can Dance kembali lagi! Berdasarkan kejayaan musim pertama, 8TV saluran hip yang sentiasa menjanjikan kepelbagaian program yang menghiburkan membawakan anda So You Think You Can Dance musim yang kedua!
Menampilkan kelainan daripada program-program pencarian bakat Malaysia yang kebanyakkannya mencari bakat nyanyian, So You Think You Can Dance adalah sebuah rancangan pencarian bakat tarian dikalangan rakyat Malaysia yang membolehkan peserta meraih populariti dalam sekelip mata.
Diadaptasi sepenuhnya dari rancangan popular So You Think You Can Dance
di Amerika, versi tempatan musim kedua ini akan mula ditayangkan pada 1 Mei nanti, sementara sesi uji bakat untuk mencari bakat penari yang terbaik di Malaysia akan bermula Mac ini.
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik. Lam Swee Kim menjelaskan, "So You Think You Can Dance musim pertama telah mencungkil bakat tarian yang menakjubkan dari pemenangnya, Alam, melalui teknik-teknik tarian yang ditujukkan disamping kisah suka duka beliau menjejak kemenangan. Melalui kemenangan So You Think You Can Dance juga telah membuka peluang besar Alam pada dunia lakonan yang mana beliau diberi peluang untuk menjadi diri sendiri di dalam drama bersiri mengenai perjalanan hidupnya bergelar seorang penari. Saya pasti ramai rakyat Malaysia di luar sana yang berbakat seperti Alam, yang memerlukan satu platform untuk mereka mempamerkan bakat dan sekaligus menjadi bintang.
Kim juga menambah, "Oleh sebab itu, 8TV sekali lagi memberi peluang kepada semua penari-penari diluar sana menunjukkan dan mengembangkan bakat terpendam mereka di musim kedua ini.
"Diharap dari sesi uji bakat akan datang, siri ini akan berjaya mencungkii bakat terpendam penari-penari melalui 2 sesi uji bakat yang akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur nanti, " jelas Kim.
"Jadi kepada penari-penari diluar sana, jika anda rasa anda mempunyai apa yang dicari oleh industri tarian, sila tampil kehadapan dan menjadi sebahagian dari musim yang menarik ini, "tambah Kim.
Kim yakin bahawa musim kedua ini bakal mencapai kejayaan yang sama apabila ianya ditayangkan bermula bulan hadapan.
Sesi uji bakat akan diadakan di dua lokasi. Untuk memudahkan penari di Malaysia Barat, siri pertama uji bakat akan diadakan di Kota Kinabalu pada 9 Mac 2008 di Hotel Imperial dari jam 10.00pagi hingga 5.00petang.
Bagi penari-penari di Semenanjung Malaysia pula, sila hadirkan diri anda di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2008 untuk sesi uji bakat yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur dari jam 10.00pagi hingga 5.00petang.
la terbuka untuk semua rakyal Malaysia (lelaki dan perempuan) berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Peserta-peserta yang disenarai pendek akan dihantar mengikuti 'Dance Boot Camp' selama 4 hari. Disini, para peserta akan mempelajari pelbagai jenis tarian seperti hip-hop, ballroom, tradisional, kontemporari dan banyak lagi. Hanya penari yang terbaik dan yang boleh menguasai teknik-teknik tarian dalam masa yang singkat akan mara ke peringkat seterusnya.
Penonton akan dapat menyaksikan persembahan dan juga penyingkiran pada setiap minggu yang akan disiarkan secara langsung. Persembahan secara langsung mingguan ini akan bermula dengan proses pemilihan penari Top 20 (10 wanita dan 10 lelaki). Mereka akan menari berpasangan dan seorang penari wanita dan lelaki akan disingkirkan setiap minggu. Program ini akan disiarkan sebanyak 16 episod secara keseluruhannya termasuk episod terakhir yang juga akan disiarkan secara langsung.
Masa depan para peserta masih terletak ditangan barisan panel hakim pertandingan yang sama seperti musim lalu iaitu: Pat Ibrahim, Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez. Musim kedua So You Think You Can Dance turut menampil pengacara baru iaitu Aishah Sinclair.
VIDEO PELANCARAN DI CENTRO, KL.
Persembahan perbukaan sidang akhbar 8TV
Temubual dengan para Juri
Temubual dengan Ms Lam Swee Kim - GM 8TV
.
Photo & Video copyright myartis
.
0 Response to "MALAYSIA, BOLEHKAH ANDA MENARI?"
Posting Komentar