ADSENSE Link Ads 200 x 90
ADSENSE 336 x 280
Dua Bekas Penagih Berentap!!!
Tarikh: 27 Feb 2008
Agenda: PC Konsert Amal Kasih
Tempat: KL Convention Centre
Dewan Pleno, KLCC bakal meletup pada 11 hingga 13 April ini dengan penampilan dua artis yang sebelum ini terkenal dengan beberapa kes dadah hingga dimasukkan ke pusat pemulihan. Mereka tidak lain ialah Jamal Abdillah dan Saleem yang masing-masing diakui mempunyai aura suara yang tersendiri dalam dunia hiburan.
"Ini adalah kali pertama mereka berdua digandingkan. Mereka memang mempunyai vokal yang cukup power dan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi pada malam itu, mereka akan berentap untuk menunjukkan siapakah yang lebih bagus dan lebih baik antara mereka berdua," ujar Ali Bakar selaku Penerbit Konsert tersebut.
Klik untuk gambar besar!
Menurut Ali lagi, selain Jamal dan Saleem... kumpulan Blues gang, Aris Ariwatan, Misha Omar, Datuk Ahmad Nawab dan Pak Ngah turut sama membuat persembahan pada malam itu. Mereka semua akan diiringi oskestra yang dipimpin oleh S. Atan bagi memberi impak paling hebat sesuai dengan sumbangan yang dihulurkan.
"Latihan akan dilakukan selama tiga minggu oleh artis-artis terbabit bagi persembahan selama tiga jam itu. Apa yang menarik, Jamal akan turut membawakan lagu Saleem... manakala Saleem juga akan membawakan lagu Jamal bagi mencabar kredibiliti masing-masing," ujar Ali lagi.
Klik untuk gambar besar!
Konsert Amal Kasih diadakan adalah bagi mengutip dana Persatuan Pengasih yang memerlukan perbelanjaan tinggi menampung bekas penagih, pesakit HIV dan pelbagai keperluan lain. Menurut Presiden Pengasih, Tuan Haji Mohd Yunus Phati, mereka memerlukan lebih kurang RM5 juta bagi meneruskan agenda menyembuh dan merawat bekas penagih selaras dengan agenda kerajaan untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman dadah.
GAMBAR-GAMBAR:
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR2 LAIN!
VIDEO:
.
.
Artikel ©2008 myartis
.
0 Response to "Konsert Amal Kasih Jamal & Saleem"
Posting Komentar